Catatan perjalanan di Tanah Suci Mekah

UMRAH: MENCARI REDHA ILAHI-Sebuah catatan mengenai pengalaman saya dan isteri serta dua orang puteri ke Madinah dan Tanah Suci Mekah. Segala catatan di sini hanya sebagai kenangan saya dan semoga menjadi semangat dan motivasi kalian yang membacanya untuk ke sana samada menunaikan Haji atau Umrah.

Jika anda mempunyai saudara mara/handai taulan yang pernah sudah pasti pernah mendengar dari mulut mereka pengalaman yang hampir sama. Justeru saya catatkan untuk perkongsian bersama.

Segala yang baik itu dari Allah, manakala yang kurang menarik itu atas kesilapan saya.


Siri ini belum tamat. Penulis akan menambah kandungannya dari semasa ke semasa.

Penulis: Raai Osman
Penyunting: Nur Atiqah Abd Raai

Rabu, 25 Mei 2016

Semangat baru

Awal tahun 2016 puteri bongsu saya memberi cadangan untuk menunaikan Umrah. Namun pada bulan Disember 2015 selepas majlis kenduri perkahwinan anak kedua, saya telah bersuara kepada isteri untuk menyambung hasrat yang tertangguh sebelum ini.

Ketika usul ini dibincang bersama-sama dalam keluarga maka kami bersetuju untuk mendaftar pergi Umrah pada 31 Mei-10 Jun 2016. Oleh kerana anak sulong yang akan pergi maka anak bongsu saya menjadi topik utama untuk diselesaikan. Akhirnya sama-sama bersetuju untuk menaja si bongsu ni. Sebab dia baru saja bekerja dan simpanannya belum mantap. Kami ada tabung keluarga, maka wang dari tabung itu akan digunakan

Merancang untuk menunaikan umrah bukan perkara yang mudah. Sekadar wang semua orang ada. Tetapi jemputan daripada Allah perkara yang harus kita fikirkan. Saya tidak tenteram selagi tiada bukti dari agensi umrah. Lagi pula visa daripada Arab Saudi menjadi kita suspend. Apa tidaknya, ada kes sehari sebelum tarikh bertolak visa umrah tak dapat. Justeru kita kena banyakkan solat sunat hajat, taubat, duha, tahajut agak Allah membantu.

Kita nak pergi buat ibadat bukan melancong. Justeru panggilan daripada Allah perlu kita fikirkan. Memohon doa adalah perlu agar hasrat kita menjadi kenyataan.

Selasa, 24 Mei 2016

Rancangan yang tertangguh

Saya tidak menulis tarikh yang sebenar. Tapi pada tahun 2012 saya dan isteri telah merancang dan memberi tahu kepada puteri-puteri kami bahawa tahun 2013 sedang rancang untuk menunaikan Umrah. Namun tidak menjadi kenyataan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Maka benarlah kata ustaz-ustaz, jika belum dijemput oleh Ilahi maka kita tidak akan kesampaian hajat ini. Selepas kenduri perkahwinan anak kedua, saya telah mengusulkan agar rancangan ke Tanah Suci di sambung semula kepada isteri. Dia bersetuju. Selang tidak berapa lama anak sulong saya membuat cadangan untuk menunaikan umrah. Kemudian kami pun mendaftar dengan agensi Al-Qud.