Catatan perjalanan di Tanah Suci Mekah

UMRAH: MENCARI REDHA ILAHI-Sebuah catatan mengenai pengalaman saya dan isteri serta dua orang puteri ke Madinah dan Tanah Suci Mekah. Segala catatan di sini hanya sebagai kenangan saya dan semoga menjadi semangat dan motivasi kalian yang membacanya untuk ke sana samada menunaikan Haji atau Umrah.

Jika anda mempunyai saudara mara/handai taulan yang pernah sudah pasti pernah mendengar dari mulut mereka pengalaman yang hampir sama. Justeru saya catatkan untuk perkongsian bersama.

Segala yang baik itu dari Allah, manakala yang kurang menarik itu atas kesilapan saya.


Siri ini belum tamat. Penulis akan menambah kandungannya dari semasa ke semasa.

Penulis: Raai Osman
Penyunting: Nur Atiqah Abd Raai

Khamis, 30 Jun 2016

Ramadan di Kota Suci Mekah

Pada 4 Jun ada khabar bahawa Mekah kemungkinan akan menyambut Ramadan pada 5 Jun. Ketika waktu Maqrib saya dan keluarga masuk ke Masjidilharam. Kami masuk sejam sebelum sampai waktu.

Kelihatan petugas dan pegawai masjid membuat persiapan. Di Mekah persiapan menyambut awal Ramadan seperti kita menyambut hari raya. Kebetulan saya dapat masuk di satu kawasan depan Baitullah dekat dengan ruang tawaf. Saya duduk berhampiran seorang Jurutera yang tinggal di Mekah. Kerana beliau boleh berbahasa English maka kami jadi ramah. Beliau juga gembira dapat bertemu seorang rakyat Malaysia dalam ribuan jemaah itu. Saya sempat bercerita tentang Malaysia. Lebih menjadi mesra apabila saya memberitahu bekerja di UKM sebuah universiti tersohor di negara kita.

Suasana Masjidilharam sesak dengan jemaah. Tambahan mereka menjangkakan malam itu akan ada solat terawikh malam pertama. Kebetulan malam itu saya berada dalam kawasan pegawai masjid yang mana imam berada dalam kiraan 6 atau tujuh dari saf. Sila klik untuk dapatkan rakaman solat terawikh pertama 1437H

Namun malam itu belum lagi dimulakan solat terawikh apabila selesai solat Isyak imam memulakan solat jenazah. Justeru, kami memulakan puasa pada 6 Jun 2016 sama dengan Malaysia.

Khamis, 23 Jun 2016

Rahsia Allah

Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. (Sumber Wikipedia)

Secara peribadinya saya sering menggambarkan dalam fikiran, bagaimana rupa, saiz Kaabah. Kita sering melihat Kaabah dalam TV, gambar di poster mahu pun dalam internet. Tetapi hati sering bertanya bagaimana saiz Kaabah?

Kaabah menjadi simbol umat Islam bersatu. Kita bukan menyembah Kaabah seperti dakwaan sesetengah orang kafir. Malah ketika sebelum datangnya Nabi Muhamad sebagai Rasul Kaabah sudah menjadi tempat tawaf manusia dan jin. Kaabah menjadi rebutan orang yang membenci Islam. Malahan ketika Islam mula dibawa oleh Rasullullah, sekeliling Kaabah masih terdapat patung sembahan orang quraisy. 

Sekitar usia saya 21 tahun, seorang kawan bukan Islam bertanyakan satau soalan "Kenapa orang Islam sembahyang (solat) mengadap Kaabah. Bukankah menyembah Kaabah ke?". Soalan itu jika ditanya kepada seorang remaja yang tidak tahu agama pasti akan terbabasa jawapannya. Malahan dikuatiri menyesatkan. 

Mujur saya pernah diterangkan oleh Ustaz Rahman (ustaz Sekolah Menengah Sik, Kedah) bahawa Kaabah sembahan orang Islam. Kaabah menjadi simbol penyatuan umat Islam dalam beribadah terutamanya solat. Dalam apa jua ibadah wajib atau sunat umat Islam disuruh mengadap Kaabah (Qiblat). Kaabah hanya ada di Mekah. 

Oleh itu ia tidak menjadi perdebatan orang Islam menyembah Kaabah. Dengan cara ini simboliknya, Kaabah menyatukan seluruh umat Islam. Kawan saya yang beragama Hindu ini terkejut dengan jawapan itu. Rumusannya beliau berkata sudah lama mencari jawapan itu dari saya baru dia perolehi. Syukur Allah memberi ilham yang tepat.

Justeru itu saya sering bertanya saiz dan gambaran Kaabah. Namun tidak ramai gambaran sebenar boleh saya dapat. Ketika saya melihat buat kali pertama Kaabah ia menjadi satu pengalaman yang sukar digambarkan. Jika saya hendak menceritakan kembali kepada sesiapa yang menjadi sukar kerana peluang melihat Kaabah hanya Allah berikan kepada mereka yang berpeluang ke sana samada menunaikan Haji atau Umrah. 

Melihat Kaabah satu rahmat. Melihat Kaabah mendapat pahala. Ramai jemaah yang mencuba menghampiri Kaabah. Malahan ada yang sanggup bersesak-sesak merapati dinding luar Kaabah. Bayangkan manusia sentiasa bertawaf di sekeliling Kaabah tanpa mengira waktu. Jemaah akan mencari ruang waktu untuk menziarahi Kaabah. 

Kita bukan sahaja rindukan suasana Masjidilharam yang sentiasa dibanjiri oleh jemaah haji atau umrah. Malahan kita sentiasa terbayang wajah Kaabah. Terutamanya ketika solat. Terus terang saya katakan ini satu rahmat yang sukar digambarkan kecuali bagi anda yang berpengalaman seperti saya. Ayuh berazamlah kita ke sana walaupun sekali seumur hidup. Terutamanya mengerjakan fardu haji. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan Mekkah sebagai kota suci, yakni sejak penciptaan langit dan bumi. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada hari penaklukan kota Mekkah :
إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
“Sesungguhnya kota ini, Allah telah memuliakannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Ia adalah kota suci dengan dasar kemuliaan yang Allah tetapkan sampai hari Kiamat “. [1]

Jumaat, 17 Jun 2016

Penjagaan diri untuk kesihatan di Tanah Suci

Cuaca di Kota Madinah dan Mekah berbeza dengan negara kita. Oleh itu tip-tip menjagaan diri demi mengekal tahap kesihatan yang baik amat perlu. 

Pakaian yang sesuai untuk melindungi debu dan panas.
Sehari sebelum  berangkat ke Madinah, saya bernasib baik bertemu dengan sorang ustazah yang pernah belajar di sana. Pesannya kalau nak mandi biar lebih awal sebelum keluar dari bilik hotel. Jika badan tidak betul-betul kering kejutan akan berlaku pada tubuh kita. Rakan-rakan beliau kita ada yang mengidap masalah radang tulang kerana lepas mandi mereka terus keluar dari bilik asrama.

Air di bilik air hotel suhu sentiasa panas. Oleh itu elakkan menggunakan air itu untuk menyiram kepala. Kalau nak juga sejukkan dulu dalam botol air minuman. 

Elakkan mandi ketika sampai di kota suci. Ia tiada masalah kerana tubuh tidak berpeluh seperti di nagera kita. Badan kurang berbau. Lagi pun air wuduk membantu menyegarkan tubuh disamping air zam-zam yang diminum (dalam jumlah yang banyak) mampu menurunkan suhu badan. Kita juga boleh membeli minyak wangi yang banyak dijual di sana agar badan sentiasa segar dan tidak berbau. 

Amat baik berjalan dalam kumpulan
Menggunakan kain serban (jemaah lelaki) mampu menutup kepala ketika berada di luar hotel. Biarlah orang nak kata melayu dah jadi arab, asalkan tubuh kita terlindung dari sinaran panas. Tutup kepala hanya boleh diluar ikhram. Kalau ditutup semasa ikhram pastinya kita kena bayar dam! Penting juga menutup hidung dan mulut ketika berada di luar hotel. Sediakan cermin mata hitam untuk melindungi silau matahari.

Suhu dingin hotel akan memberi renjatan pada tubuh ketika keluar pada
suhu panas.


Ketika buat umrah kita dapat kawan baru
Begitu juga setelah balik ke tanahair. Sesuaikan diri dengan suhu kerana akibat telah lama meninggalkan negara kita pastinya tubuh kita telah lama alpa dengan suhu di sini. Pilih masa yang sesuai untuk mandi. Jika tidak dijaga hal-hal seperti ini kita mungkin akan mengidap selsema, batuk dan demam.

Sebelum pergi ke tanah suci sediakan beberapa ubat yang ada kaitan dengan diri kita. Terutamanya bagi anda yang mempunyi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya. Periksa tekanan darah dan tahap gula agar kita dapat mengawal makanan ketika di sana.

Ikut nasihat Mutawif (kanan) sebab beliau lebih arif







Sediakan krim-krim untuk perlindungan kulit. Sebab kes-kes pecah tumit agak tinggi dan ini akan menyukarkan pergerakkan anda ke masjid dan melakukan tawaf serta sai (atau rukun haji).

Jumlah masa tidur agak kurang di sana. Kerana kita kerap ke masjid. Berehat di hotel bukanlah masanya kerana kita pergi membuat ibadat. Namun gunakan masa yang sesuai untuk memberi rehat dan menjana tenaga baru. Misalnya kita boleh pergi ketika Maqrib atau Asar balik selepas Isya dan jarak masa antara waktu solat anda boleh merehatkan badan disamping dapat pahala ikhtikaf, membaca Al Quran dan menghubungkan silatulrahim. Paling tidak pun duduk depan Kaabah dan melihatnya anda akan dapat pahala.

Dapatkan panduan dan nasihat daripada jemaah yang pernah ke Tanah Suci mengikut pengalaman mereka. Misalnya waktu sejuk tidak sama dengan musim panas. Sebab kesan pada badan ketika musim sejuk agak berbeza.

* Gambar sekadar hiasan.

Rabu, 15 Jun 2016

Kisah tiga puteri saya

Nur Atiqah puteri sulong yang menguatkan azam kami sekeluarga untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Mulanya dia berkata jom pergi buat umrah sebab nak bawa saya sebagai muhramnya. Tapi apabila mengenangkan umrah ini adalah rancangan yang tertangguh dan saya berkata takkanlah tak bawa emak nya maka kami bersetuju untuk tidak melupakan ibunya.



Nur Amirah puteri kedua oleh kerana dia telah bersuami dan baru enam bulan berkahwin maka kami kecualikan melainkan jika dia mampu dari seni kewangan dan keizinan  suami. Lagi pun saya berkata kepada isteri, "kita dah buat yang terbaik semasa majlis pernikahannya".

Nur Aqilah puteri bongsu boleh dikatakan antara anak bertuah di dunia ini kerana pergi buat umrah dengan tajaan 100% dari kami (saya, isteri dan kak longnya). Kami guna dana tabungan keluarga dan sedikit wang simpanan lain. Sebab kalau tinggalkan dia selama dua minggu hati tak sedap pula.


Inilah coretan yang menarik untuk renungan bersama. Saya mencadangkan wujudkan tabung keluarga untuk digunakan dalam apa jua keadaan samada pendidikan, kesihatan, keagamaan atau perkahwinan.


Ketika di Madinah dan Mekah Atiqah dan Aqilah yang menjadi sahabat ibu mereka ketika dalam masjid. Tinggallah saya membawa diri ke ruang solat lelaki........

Kepada anda yang akan ke Tanah Suci untuk ibadah haji atau umrah dengan membawa ibu ayah, kuatkan semangat dan bersihkan hati kerana ketika di sana dugaan cukup kuat. Kerana dalam ribuan manusia anda akan diuji kesabaran. Besar pahalanya buat anda.

Sedikit tambahan, seandainya makbul doa kami dan mereka berdua telah ada pasangan hidup masing-masing sudah pasti haji atau umrah akan datang saya akan pergi tanpa anak-anak........ :(

Selasa, 14 Jun 2016

Kenapa saya sering mengharap dapat mengunjungi Kaabah?

Kenapa saya sering mengharap dapat mengunjungi Kaabah? Itu persoalan yang sering datang dalam kehidupan saya. Kalau mengikut tertibnya kita sering mengadap Kaabah (Qiblat) setiap kali bersolat fardu atau sunat. Malahan dalam apa jua amalan disunatkan mengadap Qiblat.


 Hampir tiga puluh tahun dulu saya lewat dapat anak. Berbagai cara saya dan isteri gunakan. Solat hajat berjemaah dan apa saja doa kami lalukan. Cuma saya mengelak menggunakan kaedah yang melanggar ajaran Islam. Malahan pernah ditipu dengan membawa berjumpa bomoh orang asli oleh abang ipar, saya tolak bulat-bulat.



Suatu malam saya bermimpi melihat cahaya sekitar Masjidil Haram dengan cahaya yang begitu indah. Selang tak berapa lama isteri saya disahkan mengandung anak sulung. Akhirnya ia kini menjadi Kak Long dalam keluarga kami. Menariknya dia juga beria-ria hendak menunaikan umrah selain keinginan saya. Sebab itu apabila hasrat kami untuk ke Kota Suci diajukan ia tidak boleh diabaikan.

Berada di saf kedua depan Kaabah

Jam 2.30 pagi saya bergerak ke Masjidilharam. Oleh kerana waktu Subuhnya jam 4 pagi maka saya sempat menunaikan tawaf sunat. Orang tidak ramai.

Selesai tawaf ketujuh, saya menghampiri dinding Kaabah. Masih sesak. Saya hampiri untuk kali kedua. Kali ini saya dapat menyentuh Rukun Yamani (penjuru Yamani). Sempat membaca doa ringkas di situ. Saya menghampiri Hajar Aswad. Merempuh dan dirempuh. Saya gagal menyentuhnya. Saya keluar dan cuba masuk ke saf pertama yang telah disusun oleh jemaah. Namun gagal untuk bersolat di saf pertama.

Saya berjaya berdiri di saf kedua depan Kaabah. Walaupun ada usaha untuk menyahkan saya dari saf itu. Saya berdiri dan menunaikan solat sunat tawaf. Syukur saya berjaya walaupun di kepala saya ada kaki-kaki jemaah dan ada yang hampir memijak kepala saya!

Saya terus berada di saf kedua dengan tekad biar sampai selesai solat Subuh. Syukur, sehingga azan Subuh kedua saya berjaya di situ dan hanya Allah saja yang tahu perasaan saya berjaya berada di situ. Bukan mudah untuk berjaya mendirikan solat di saf kedua atau pertama. Ia adalah rezeki Allah buat saya.

Umrah ni macam melancong ke?

Umrah ni macam melancong ke? Kenapa soalan ini wujud?. Kerana apa, sepanjang saya dan orang lain pergi umrah mereka akan upload berbagai gambar dalam media sosial tempat-tempat yang dilawati.

Umrah mempunyai rukun yang tidak seperti haji. Dalam Umrah rukunnya ialah Niat Ihram, Tawaf, Sai, Tahalul dan Tertib. Tempuh berihram sekitar dua atau tiga jam. Kecuali jika berihram di Bir Ali seandainya jemaah datang dari Madinah sekitar 6-10 jam kena berpantang dalam ihram.

Pemandangan biasa dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah.
Berikut adalah lokasi Miqat:
  1. Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:
  • Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah iaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.
  • Bagi umrah pula, miqat zamani bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  1. Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:
  • Bagi mereka yang duduk di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Bagi umrah pupla ialah keluar dari tanah haram Makkah iaitu seelok-eloknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.
  • Bagi mereka yang datag dari sebelah timur seperti Malaysia, Singapura dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau Jeddah (ﺟﺪﻩ).
  • Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).
  • Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).
  • Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ).
  • Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq (ﺫﺍﺕ ﻋﺮﻕ). Sumber Wikipedia

Bermula kita berniat ihram maka beberapa pantang larang perlu dijaga oleh jemaah Haji mahu pun Umrah.

1.Memotong atau mencabut rambut dari kepala atau badan
2. Memotong kuku dari tangan atau kaki.
3. Memakai kain berjahit bagi laki-laki, yaitu setiap pakaian yang di jahit menurut ukuran anggota badan, seperti qamis, celana, jubah, kaos, peci, topi, dan lain-lain.
4. Menutup kepala dengan hal-hal yang menyentuh kepala sepeti sorban dan peci. Lain halnya payung, kemah dan membawa barang di atas kepala, maka demikian itu tidak dilarang.
5. Memakai parfum, yaitu setiap hal yang berbau wangi dengan tujuan memakainya di baju atau di badan, seperti misik, mawar, rayhan, dan minyak wangi yang lain.
6. Bertujuan memburu binatang darat yang lepas, seperti burung merpati, kijang dan lain-lain.
7. Melakukan akad nikah. Maka orang yang ihram tidak boleh meminang, menikah, menjadi wali nikah, dan lain-lain.
8. Bersetubuh dengan istri.
9. Bercumbu dengan istri/suami, seperti meraba-raba, mencium dan lain-lain. Sumber 

Jika melihat pada senarai rukun dan patang larang diatas, sudah pasti kita terfikir tiada masa untuk melawat dan sebagainya. Namun pembaca harus faham hanya di Madinah sahaja segala rukun ini tidak dibuat. Selama 4 atau lima hari di Madinah jemaah masih seperti biasa. Cuma mereka lebih tertumpu ke masjid Nabawi untuk menunaikan solat lima waktu dan sunat disamping menziarahi makam Rasullullah.

Ketika di Madinah, jemaah akan dibawa melawat Bukit Uhud, Masjid Qubah, Masjid Qiblatain, Ladang atau pasar kurma. Lawatan-lawatan ini lebih kepada meningkatkan keimanan kepada Allah serta Rasullullah.

Masjid An Nabawi di Madinah
Misal jika melawat Masjid Qubah dengan berwuduk dari rumah ia memberikan satu pahala umrah. Penduduk Madinah akan melakukan hal ini.Kerana masjid ini merupakan masjid yang sering dikunjungi oleh Rasullullah.

Begitu juga melawat Masjid Qiblatain akan mengingatkan sebuah masjid yang suatu masa dulu berqiblatkan Masjid Al Aqsar sebelum diperintahkan oleh Allah mengadap ke Kaabah di Mekah.

Jemaah umrah melawat sambil meningkatkan keimanan. Misalnya melihat Bukit Uhud, biarpun dari jauh tak lebih dari sebuah bukit batu. Ia memberikan satu keinsafan bagaimana Rasullullah dan tenteranya mempertahankan kemaraan tentera Qurais masuk ke Madinah.

Saya dan ahli jemaah lain berihram di Bir Ali dan meneruskan perjalanan dengan bas ke Kota Mekah selepas jam 3.00 petang (waktu Malaysia 8.00 malam). Bermula di sini sudah termaktub pantang larang ihram.

Masuk saja Kota Mekah, dari jauh kelihatan menara jam besar Mekah. Pastinya itu adalah kawasan Masjidil Haram.

Sesampai di hotel dan memasukkan barang ke dalam bilik yang mana saya dan keluarga dapat bilik berempat. Kami makan malam dan sekitar jam 11.00 malam (Malaysia 4 pagi) telah dibawa oleh Ustaz Wan Noh ke Masjid al Haram. Allhuakbar. terasa amat kagum dengan kedudukan masjid yang besar itu.

Selesai solat jamak Isyak dan Maqrib secara berjemaah kami dibawa masuk ke kawasan tawaf. Ketika melihat Kaabah buat kali pertama, kaki saya sukar melangkah.Saya terpaku untuk sekian lama. berdoa melihat Kaabah. Saya berdoa apa sahaja di kedudukan itu.Air mata bergenang di kelopak mata. Itulah tangisan seorang hamba Allah, bukan seorang lelaki yang ego! Sekian lama mengidam melihat Kaabah kini ia di depan mata.

Ketika melakukan tawaf umrah kaki saya seolah-olah sukar melangkah kerana diri terasa kerdil. Manakan tidak menyerahkan diri kepada Allah dengan segala dosa yang tentunya ada. Saya tidak memperdulikan orang lain, melainkan tawaf dengan penuh kenikmatan.Anda pernah melalui suasana ini maka perasan itu sudah tentu ada.

Melawat kilang cetak Al Quran di Madinah.
Menghampiri Safa dan Marwah yang terletak pada sudut Hajar Aswad kira-kira dua ratus meter perasaan tiba-tiba hiba mengenangkan peristiwa Siti Hajar mencari air untuk Ismail yang kehausan. Sebenarnya jika melihat tempat di mana telaga zam-zam pertama terletak, kedudukan Ismail dengan ibunya agak jauh. Kita bayangkan dalam panas terik itu ibu Ismail berlari-lari mencari air.Fatamorgana menipu Siti Hajar dengan memperlihatkan seperti air tetapi sebenarnya tidak.


Di Universiti Madinah.
Saya berjalan seorang diri kerana terpisah dari ahli jemaah lain kerana ia mengikut kemampaun berjalan. Siapa bertenaga pasti laju perjalanannya. Tujuh kali sai menyamai 4.5 kilometer jauhnya Safa ke Marwah.Sekitar jam 2.30 pagi (7.30 pagi Malaysia ) saya tamat tujuh pusingan dan sekitar jam 3 pagi azan Subuh yang pertama berkumandang. Hati sayu kerana kerapnya mendengar azan begini dari TV melihat siaran langsung dari Mekah.Subuh itu kali pertama saya berjemaah depan Kaabah sambil berpakaian Ihram dan terasa begitu kerdil .......


Umrah bukanlah melancong. Berulang alik ke masjid agenda utama. Selain itu kami dibawa menziarahi Jabar Nur yang menempatkan Gua Hira. Perkuburan Malat yang menempatkan Saidatina Khadijah isteri pertama Rasullullah.

Bermalam Padang Arafah terdapat dalam rukun haji.
Ketika melakukan umrah kami dibawa melawat ke sini.




Tekad yang kuat

Apa yang kita hendak ketika bermusafir menuju Tanah Suci? Tiada lain selain mencari keredaan Ilahi. Bagi saya inilah musafir paling agong pernah saya lalui bersama keluarga. Saya pernah berkata, selagi tidak sampai ke Tanah Suci maka saya mungkin tidak akan melancong ke  negara lain kecuali kerana tugas. Biarpun negara itu indah. Tekad utama ialah menunaikan fardu haji. Namun masalah kouta dan sebagainya maka hasrat itu masih belum tercapai..

Bersusah payah menuju tiga kota suci lebih mulia. "Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)" (Bukhari) 

Itulah tekad saya. Maka hasrat ini terpendam sekian lama sejak bekerja. Namun begitu, 29 Mei 2016 barulah Allah menjemput saya. Allahuakbar. Kalau nak bicara soal wang saya bukanlah banyak wang. Tetapi kalau hendak berkata soal mampu saya fikir ia sudah mampu.

Inilah hakikatnya tentang menuju Tanah Suci. Ia bukan perkara yang mudah, tetapi jika azam yang kuat maka ia akan menjadi satu kenyataan pada satu masa yang telah ditentukan oleh Allah.

Saya bersyukur kerana Allah berikan isteri yang patuh kepada Allah. Anak-anak yang mahu mengikut syariat Islam. Saya tidak perlu memaksa mereka betudung dan menunaikan segala ibadat. Oleh itu jika sudah sampai masa ke Tanah Suci persediaan ke sana telah menjadi mudah. Kekuatan yang ada pada puteri sulong lebih memudahkan saya. Dia mampu membaca Al Quran dan ketika di sana dia banyak menjadi pembantu dalam hal bacaan doa dan sebagainya kepada ibunya dan adiknya.

Menariknya, saya sudah menyimpan janggut kerana terasa malu jika menziarahi makan Rasulullah saya tiada janggut. Walaupun itu perkara yang dianggap kecil namun ia menjadi titik kejayaan kita.

Isnin, 13 Jun 2016

Muka bumi Madinah dan Mekah

Sering kali kita melihat rupa bentuk tanah arab. Penuh dengan padang pasir dan tiada tumbuh-tumbuhan. Ketika saya tiba di Madinah dan Mekah pemandangannya menakjubkan sekali. Sana sini terdapat bukit batu.

Tidak hairanlah jika ke Langkawi ramai orang-orang arab berkunjung di sana. Mereka gemar dengan pulau, hutan dan laut di Langkawi. Malahan jika berlaku hujan, sudah pasti itu satu bonus buat mereka.

Suhu di kota suci Madinah dan Mekah sepanjang saya berada di sana suhu  pernah mencecah 44 darjah celcius.



















Persahabatan di kota suci

Menjalinkan persahabatan di kota suci Madinah dan Mekah bukanlah sukar. Selain keluarga anda (yang ikut serta) terdapat ahli jemaah yang sama-sama agensi umrah sudah menjadi seperti keluarga sepanjang berada di sana. Malahan dari agensi lain juga begitu ramai.

Sapaan pertama "Malaysia?" kalau kita kata ya dia sambung "dari negeri mana?". Jika dari negara lain mereka begitu gembira bila kita memperkenalkan dari Malaysia. Cuma pertemuan itu ada waktunya berakhir di situ tanpa ada ulangan.

Bersama jemaaah Iraq

Orang arab ni paling mernarik ialah bab sedekah. Bayangkan minyak wangi untuk setitik atau sekali sapuan sudah mampu menjadikan satu sedekah. mereka akan bawa sebotol minyak wangi dan memberikan satu sapuan kepada jemaah. Malahan ia menjadi ikutan pada saya. Jika hendak menyapu minyak wangi ke badan, saya pasti akan memberikans edikit kepada jemaaah disebelah.

Mungkin kerana sifat seorang Jurufoto atau kerana pertama kami menunaikan umrah maka saya banyak mengenali beberapa orang jemaah dari Indonesia, Qatar, Pakistan, Mekah. Oleh kerana diluar ibadah umrah saya sering bertemu mereka ini ketika menunggu masuk waktu solat fardu. Inilah hikmah dan rahmat dari pertemuan di kota suci.

Dari kiri: En Din pensyarah Institut Perguruan Kota Bahru,
Ustaz Wan Noh (mutawif)

Jemaah Umrah dari agensi Al Qud.

Saya dan keluarga

Bersama jemaah Pakistan


Abang Rahim dari Kelantan


Jemaah Malaysia dari Johor

Jemaah Indonesia

Jemaah dari Qatar, seorang pelumba lari 100 meter lompat pagar


Pusat informasi Madinah



Gambaran dari luar
Pusat Informasi Madinah yang terletak disebelah kanan arah qiblat Masjid Nabawi menarik untuk dilawati jika jemaah haji atau umrah berada di sana. Di pusat ini terdapat maklumat perkembangan Islam sejak Rasulullah mengembangkannya. Maklumat grafik mengenai perang Badar, perang Uhud dan peta perjalanan Hijrah Rasululah terdapat di sini. Sekiranya membuat lawatan ke sini pasti kita akan teruja dan bersyukur dengan pengorbanan Rasulullah dan paras sahabat mengembangkan Islam.

Ustaz Wan NohWan Hamzah, Mutawif saya menerangkan
peta laluan hijrah Rasulullah. Beliau lulusan Universiti Madinah merupakan
menantu kepada Allahyarham  Dr. Uthman El-Muhammady 


Pada hemat saya, melihat susunan grafik yang lengkap dan melihat sendiri bentuk geagrafi antara Mekah ke Madinah maka terasa sangat betapa payahnya Rasulullah berhijrah. Mana tidaknya perjalanan darat dengan kenderaan moden mengambil masa 5-6 jam dari dua kita suci ini. Inikan pula dengan kenderaan berkuda atau unta ketika itu. Namun kita yang beriman yakin itulah kuasa Allah yang menentukan segala-galanya.

Di pusat ini terdapat juga grafik mengenai para sahabat Rasulullah yang telah dijamin masuk syurga oleh Baginda.

Sekiranya sudara/i berada di Madinah elok sangat melawat pusat ini yang terletak bersebelahan Masjid Nabawi selain melawat Perkuburan Baqi (Jannatul-Baqī').




Berjemaah di Masjid Nabawi

Subuh di Madinah bermula sekitar jam 3 pagi (8 pagi Malaysia). Sekitar jam 2 pagi saya ahli keluarga telah berjalan kaki ke masjid. Jarak cuma 300 meter dari hotel begitu mudah. Jika lewat bergerak, pastinya kita hanya bersolat di laur masjid. Oleh itu jika mendapat saf di hadapan maka kita perlu hadir sejam lebih awal.

 Rutin menghadiri masjid menjadikan kami satu latihan yang mantap. Jika di surau kat kawasan perumahan, kita boleh bergerak walaupun azan sedang dialunkan. Jika di sini kita akan menjadi makmum yang terlewat.









Kami berada di Madinah selama empat hari mulai 29 Mei-1Jun 2016.Aktiviti banyaknya di masjid untuk mengisi masa solat lima waktu. Selain itu kami dibawa melawat Bukit Uhud, Kilang mencetak Al-Quran.

Ziarah Makam Rasulullah

Ketika tiba di Madinah kami telah melewati waktu Isya maka kami dibawa oleh Ustaz Wan Noh untuk menunaikan solat Jamak Isyak dan Maqrib di Masjid Al Nabawi. Selepas solat kami dibawa melihat Makam Rasulullah. Oleh kerana ketika itu ada proses pembersihan maka Raudah (Taman Syurga ) ditutup.

Masjid Al Nabawi ditutup selepas Isya. Kami dapat bersolat di kawasan masjid yang terletak berhampiran Makam Rasulullah. Ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Biar pun malam di Madinah sudah menghampiri waktu pagi, tetapi jemaah tetap ramai seperti siang. Saya bersyukur hajat yang terpendam sekian lama untuk memasuki Masjid Al Nabawi dan menziarah makam Rasulullah telah tercapai.


Jemaah sedang menunggu untuk masuk ke Raudah

Disebelah kanan ada Makam  Rasullah



Ahad, 12 Jun 2016

Perjalanan bermula


Lapangan Terbang Muscat, Oman

Penerbangan ke Madinah bermula pada 29 Mei 2016. Jam 9.30 pagi penerbangan Oman Air berlepas dari KLIA menuju ke Muscat Oman. Tujuh jam tidak terasa. Setiba di Muscat bahang panas mula dirasai.Kami transit selama tujuh jam di lapangan terbang Muscat.Kos barangan yang mahal berbanding dengan Riyal Arab Saudi dan Ringgit Malaysia kami hanya menahan lapar dan dahaga sahaja.

Dua tiga hari sebelum berangkat, perasaan saya tidak seperti hendak terbang sebelum ini. Jika sebelum ini hati saya berbelah bagi ketika hendak kemana jua kerana tugas, hati tidak seronok seperti hendak berangkat ke Tanah Suci. Saya terasa seperti ditunggu-tunggu. Malahan berkata di dalam hati jika terjadi sesuatu pada perjalanan ini kelak saya pasrah dan puas.

Ketika transit di Lapangan Terbanng Muscat, Oman

Kami tiba di Madinah ketika malam. Ketika Mutawif, Ustaz Wan Noh menunjukkan Masjid Nabi hati cukup terhibur. Tidak sabar-sabar untuk menziarahi Raudah dan Makam Nabi.Inilah kelebihan berjalan untuk ibadah berbanding dengan makan angin!


Ketika tiba di Lapangan Terbang Madina

Ketika tiba di Lapangan Terbang Madina

Jemputan Allah

Wang bukan segala-galanya jika kita hendak ke Tanah Suci. Kita boleh sediakan sebarapa banyak wang untuk ke sana. Namun setelah mengikuti beberapakali siri kursus Umrah, saya mula sedar jemputan untuk menjadi tetamu Allah itu adalah penyebab kita sampai ke Tanah Suci.

Apabila ustaz mengatakan ada jemaah yang gagal permohonan visa terhalang untuk sampai ke Mekah. Sakit, ada orang yang jatuh sakit menjelang tarikhnya. Banyak lagi halangan jika Allah tidak menjemput kita.

Justeru itu sejak saya mendaftar sebagai jemaah umrah saya telah menasihatkan ahli keluarga melakukan solat-solat sunat taubat, hajat, duha dan tahajjut serta solat istiqarah. Berdoa dan berdoa agar Allah memilih kami ke Tanah Sucinya. Sehinggalah pada 28 Mei 2016 pihak agensi umrah memberitahu visa saya sekeluarga telah diluluskasn baru hati merasa senang.

Ahli dalam jemaah umrah saya mejoriti orang Kelantan

Bersama puteri-puteri saya. Yang dah berkahwin tidak ikut serta.

Bersama anak dan menantu ketika di KLIA