Selasa, 14 Jun 2016

Berada di saf kedua depan Kaabah

Jam 2.30 pagi saya bergerak ke Masjidilharam. Oleh kerana waktu Subuhnya jam 4 pagi maka saya sempat menunaikan tawaf sunat. Orang tidak ramai.

Selesai tawaf ketujuh, saya menghampiri dinding Kaabah. Masih sesak. Saya hampiri untuk kali kedua. Kali ini saya dapat menyentuh Rukun Yamani (penjuru Yamani). Sempat membaca doa ringkas di situ. Saya menghampiri Hajar Aswad. Merempuh dan dirempuh. Saya gagal menyentuhnya. Saya keluar dan cuba masuk ke saf pertama yang telah disusun oleh jemaah. Namun gagal untuk bersolat di saf pertama.

Saya berjaya berdiri di saf kedua depan Kaabah. Walaupun ada usaha untuk menyahkan saya dari saf itu. Saya berdiri dan menunaikan solat sunat tawaf. Syukur saya berjaya walaupun di kepala saya ada kaki-kaki jemaah dan ada yang hampir memijak kepala saya!

Saya terus berada di saf kedua dengan tekad biar sampai selesai solat Subuh. Syukur, sehingga azan Subuh kedua saya berjaya di situ dan hanya Allah saja yang tahu perasaan saya berjaya berada di situ. Bukan mudah untuk berjaya mendirikan solat di saf kedua atau pertama. Ia adalah rezeki Allah buat saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Membawa Kanak-Kanak Masih Kecil Menunaikan Umrah

Anda merancang membawa anak mengerjakan umrah? Alhamdulillah jika itu niat anda. Peraturannya hampir sama dengan membawa anak ke masjid. ...