Catatan perjalanan di Tanah Suci Mekah

UMRAH: MENCARI REDHA ILAHI-Sebuah catatan mengenai pengalaman saya dan isteri serta dua orang puteri ke Madinah dan Tanah Suci Mekah. Segala catatan di sini hanya sebagai kenangan saya dan semoga menjadi semangat dan motivasi kalian yang membacanya untuk ke sana samada menunaikan Haji atau Umrah.

Jika anda mempunyai saudara mara/handai taulan yang pernah sudah pasti pernah mendengar dari mulut mereka pengalaman yang hampir sama. Justeru saya catatkan untuk perkongsian bersama.

Segala yang baik itu dari Allah, manakala yang kurang menarik itu atas kesilapan saya.


Siri ini belum tamat. Penulis akan menambah kandungannya dari semasa ke semasa.

Penulis: Raai Osman
Penyunting: Nur Atiqah Abd Raai

Selasa, 14 Jun 2016

Kenapa saya sering mengharap dapat mengunjungi Kaabah?

Kenapa saya sering mengharap dapat mengunjungi Kaabah? Itu persoalan yang sering datang dalam kehidupan saya. Kalau mengikut tertibnya kita sering mengadap Kaabah (Qiblat) setiap kali bersolat fardu atau sunat. Malahan dalam apa jua amalan disunatkan mengadap Qiblat.


 Hampir tiga puluh tahun dulu saya lewat dapat anak. Berbagai cara saya dan isteri gunakan. Solat hajat berjemaah dan apa saja doa kami lalukan. Cuma saya mengelak menggunakan kaedah yang melanggar ajaran Islam. Malahan pernah ditipu dengan membawa berjumpa bomoh orang asli oleh abang ipar, saya tolak bulat-bulat.



Suatu malam saya bermimpi melihat cahaya sekitar Masjidil Haram dengan cahaya yang begitu indah. Selang tak berapa lama isteri saya disahkan mengandung anak sulung. Akhirnya ia kini menjadi Kak Long dalam keluarga kami. Menariknya dia juga beria-ria hendak menunaikan umrah selain keinginan saya. Sebab itu apabila hasrat kami untuk ke Kota Suci diajukan ia tidak boleh diabaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan