Rabu, 15 Jun 2016

Kisah tiga puteri saya

Nur Atiqah puteri sulong yang menguatkan azam kami sekeluarga untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Mulanya dia berkata jom pergi buat umrah sebab nak bawa saya sebagai muhramnya. Tapi apabila mengenangkan umrah ini adalah rancangan yang tertangguh dan saya berkata takkanlah tak bawa emak nya maka kami bersetuju untuk tidak melupakan ibunya.



Nur Amirah puteri kedua oleh kerana dia telah bersuami dan baru enam bulan berkahwin maka kami kecualikan melainkan jika dia mampu dari seni kewangan dan keizinan  suami. Lagi pun saya berkata kepada isteri, "kita dah buat yang terbaik semasa majlis pernikahannya".

Nur Aqilah puteri bongsu boleh dikatakan antara anak bertuah di dunia ini kerana pergi buat umrah dengan tajaan 100% dari kami (saya, isteri dan kak longnya). Kami guna dana tabungan keluarga dan sedikit wang simpanan lain. Sebab kalau tinggalkan dia selama dua minggu hati tak sedap pula.


Inilah coretan yang menarik untuk renungan bersama. Saya mencadangkan wujudkan tabung keluarga untuk digunakan dalam apa jua keadaan samada pendidikan, kesihatan, keagamaan atau perkahwinan.


Ketika di Madinah dan Mekah Atiqah dan Aqilah yang menjadi sahabat ibu mereka ketika dalam masjid. Tinggallah saya membawa diri ke ruang solat lelaki........

Kepada anda yang akan ke Tanah Suci untuk ibadah haji atau umrah dengan membawa ibu ayah, kuatkan semangat dan bersihkan hati kerana ketika di sana dugaan cukup kuat. Kerana dalam ribuan manusia anda akan diuji kesabaran. Besar pahalanya buat anda.

Sedikit tambahan, seandainya makbul doa kami dan mereka berdua telah ada pasangan hidup masing-masing sudah pasti haji atau umrah akan datang saya akan pergi tanpa anak-anak........ :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Membawa Kanak-Kanak Masih Kecil Menunaikan Umrah

Anda merancang membawa anak mengerjakan umrah? Alhamdulillah jika itu niat anda. Peraturannya hampir sama dengan membawa anak ke masjid. ...