Jumaat, 17 Jun 2016

Penjagaan diri untuk kesihatan di Tanah Suci

Cuaca di Kota Madinah dan Mekah berbeza dengan negara kita. Oleh itu tip-tip menjagaan diri demi mengekal tahap kesihatan yang baik amat perlu. 

Pakaian yang sesuai untuk melindungi debu dan panas.
Sehari sebelum  berangkat ke Madinah, saya bernasib baik bertemu dengan sorang ustazah yang pernah belajar di sana. Pesannya kalau nak mandi biar lebih awal sebelum keluar dari bilik hotel. Jika badan tidak betul-betul kering kejutan akan berlaku pada tubuh kita. Rakan-rakan beliau kita ada yang mengidap masalah radang tulang kerana lepas mandi mereka terus keluar dari bilik asrama.

Air di bilik air hotel suhu sentiasa panas. Oleh itu elakkan menggunakan air itu untuk menyiram kepala. Kalau nak juga sejukkan dulu dalam botol air minuman. 

Elakkan mandi ketika sampai di kota suci. Ia tiada masalah kerana tubuh tidak berpeluh seperti di nagera kita. Badan kurang berbau. Lagi pun air wuduk membantu menyegarkan tubuh disamping air zam-zam yang diminum (dalam jumlah yang banyak) mampu menurunkan suhu badan. Kita juga boleh membeli minyak wangi yang banyak dijual di sana agar badan sentiasa segar dan tidak berbau. 

Amat baik berjalan dalam kumpulan
Menggunakan kain serban (jemaah lelaki) mampu menutup kepala ketika berada di luar hotel. Biarlah orang nak kata melayu dah jadi arab, asalkan tubuh kita terlindung dari sinaran panas. Tutup kepala hanya boleh diluar ikhram. Kalau ditutup semasa ikhram pastinya kita kena bayar dam! Penting juga menutup hidung dan mulut ketika berada di luar hotel. Sediakan cermin mata hitam untuk melindungi silau matahari.

Suhu dingin hotel akan memberi renjatan pada tubuh ketika keluar pada
suhu panas.


Ketika buat umrah kita dapat kawan baru
Begitu juga setelah balik ke tanahair. Sesuaikan diri dengan suhu kerana akibat telah lama meninggalkan negara kita pastinya tubuh kita telah lama alpa dengan suhu di sini. Pilih masa yang sesuai untuk mandi. Jika tidak dijaga hal-hal seperti ini kita mungkin akan mengidap selsema, batuk dan demam.

Sebelum pergi ke tanah suci sediakan beberapa ubat yang ada kaitan dengan diri kita. Terutamanya bagi anda yang mempunyi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya. Periksa tekanan darah dan tahap gula agar kita dapat mengawal makanan ketika di sana.

Ikut nasihat Mutawif (kanan) sebab beliau lebih arif







Sediakan krim-krim untuk perlindungan kulit. Sebab kes-kes pecah tumit agak tinggi dan ini akan menyukarkan pergerakkan anda ke masjid dan melakukan tawaf serta sai (atau rukun haji).

Jumlah masa tidur agak kurang di sana. Kerana kita kerap ke masjid. Berehat di hotel bukanlah masanya kerana kita pergi membuat ibadat. Namun gunakan masa yang sesuai untuk memberi rehat dan menjana tenaga baru. Misalnya kita boleh pergi ketika Maqrib atau Asar balik selepas Isya dan jarak masa antara waktu solat anda boleh merehatkan badan disamping dapat pahala ikhtikaf, membaca Al Quran dan menghubungkan silatulrahim. Paling tidak pun duduk depan Kaabah dan melihatnya anda akan dapat pahala.

Dapatkan panduan dan nasihat daripada jemaah yang pernah ke Tanah Suci mengikut pengalaman mereka. Misalnya waktu sejuk tidak sama dengan musim panas. Sebab kesan pada badan ketika musim sejuk agak berbeza.

* Gambar sekadar hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Membawa Kanak-Kanak Masih Kecil Menunaikan Umrah

Anda merancang membawa anak mengerjakan umrah? Alhamdulillah jika itu niat anda. Peraturannya hampir sama dengan membawa anak ke masjid. ...