Catatan perjalanan di Tanah Suci Mekah

UMRAH: MENCARI REDHA ILAHI-Sebuah catatan mengenai pengalaman saya dan isteri serta dua orang puteri ke Madinah dan Tanah Suci Mekah. Segala catatan di sini hanya sebagai kenangan saya dan semoga menjadi semangat dan motivasi kalian yang membacanya untuk ke sana samada menunaikan Haji atau Umrah.

Jika anda mempunyai saudara mara/handai taulan yang pernah sudah pasti pernah mendengar dari mulut mereka pengalaman yang hampir sama. Justeru saya catatkan untuk perkongsian bersama.

Segala yang baik itu dari Allah, manakala yang kurang menarik itu atas kesilapan saya.


Siri ini belum tamat. Penulis akan menambah kandungannya dari semasa ke semasa.

Penulis: Raai Osman
Penyunting: Nur Atiqah Abd Raai

Ahad, 12 Jun 2016

Perjalanan bermula


Lapangan Terbang Muscat, Oman

Penerbangan ke Madinah bermula pada 29 Mei 2016. Jam 9.30 pagi penerbangan Oman Air berlepas dari KLIA menuju ke Muscat Oman. Tujuh jam tidak terasa. Setiba di Muscat bahang panas mula dirasai.Kami transit selama tujuh jam di lapangan terbang Muscat.Kos barangan yang mahal berbanding dengan Riyal Arab Saudi dan Ringgit Malaysia kami hanya menahan lapar dan dahaga sahaja.

Dua tiga hari sebelum berangkat, perasaan saya tidak seperti hendak terbang sebelum ini. Jika sebelum ini hati saya berbelah bagi ketika hendak kemana jua kerana tugas, hati tidak seronok seperti hendak berangkat ke Tanah Suci. Saya terasa seperti ditunggu-tunggu. Malahan berkata di dalam hati jika terjadi sesuatu pada perjalanan ini kelak saya pasrah dan puas.

Ketika transit di Lapangan Terbanng Muscat, Oman

Kami tiba di Madinah ketika malam. Ketika Mutawif, Ustaz Wan Noh menunjukkan Masjid Nabi hati cukup terhibur. Tidak sabar-sabar untuk menziarahi Raudah dan Makam Nabi.Inilah kelebihan berjalan untuk ibadah berbanding dengan makan angin!


Ketika tiba di Lapangan Terbang Madina

Ketika tiba di Lapangan Terbang Madina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan