Catatan perjalanan di Tanah Suci Mekah

UMRAH: MENCARI REDHA ILAHI-Sebuah catatan mengenai pengalaman saya dan isteri serta dua orang puteri ke Madinah dan Tanah Suci Mekah. Segala catatan di sini hanya sebagai kenangan saya dan semoga menjadi semangat dan motivasi kalian yang membacanya untuk ke sana samada menunaikan Haji atau Umrah.

Jika anda mempunyai saudara mara/handai taulan yang pernah sudah pasti pernah mendengar dari mulut mereka pengalaman yang hampir sama. Justeru saya catatkan untuk perkongsian bersama.

Segala yang baik itu dari Allah, manakala yang kurang menarik itu atas kesilapan saya.


Siri ini belum tamat. Penulis akan menambah kandungannya dari semasa ke semasa.

Penulis: Raai Osman
Penyunting: Nur Atiqah Abd Raai

Khamis, 23 Jun 2016

Rahsia Allah

Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. (Sumber Wikipedia)

Secara peribadinya saya sering menggambarkan dalam fikiran, bagaimana rupa, saiz Kaabah. Kita sering melihat Kaabah dalam TV, gambar di poster mahu pun dalam internet. Tetapi hati sering bertanya bagaimana saiz Kaabah?

Kaabah menjadi simbol umat Islam bersatu. Kita bukan menyembah Kaabah seperti dakwaan sesetengah orang kafir. Malah ketika sebelum datangnya Nabi Muhamad sebagai Rasul Kaabah sudah menjadi tempat tawaf manusia dan jin. Kaabah menjadi rebutan orang yang membenci Islam. Malahan ketika Islam mula dibawa oleh Rasullullah, sekeliling Kaabah masih terdapat patung sembahan orang quraisy. 

Sekitar usia saya 21 tahun, seorang kawan bukan Islam bertanyakan satau soalan "Kenapa orang Islam sembahyang (solat) mengadap Kaabah. Bukankah menyembah Kaabah ke?". Soalan itu jika ditanya kepada seorang remaja yang tidak tahu agama pasti akan terbabasa jawapannya. Malahan dikuatiri menyesatkan. 

Mujur saya pernah diterangkan oleh Ustaz Rahman (ustaz Sekolah Menengah Sik, Kedah) bahawa Kaabah sembahan orang Islam. Kaabah menjadi simbol penyatuan umat Islam dalam beribadah terutamanya solat. Dalam apa jua ibadah wajib atau sunat umat Islam disuruh mengadap Kaabah (Qiblat). Kaabah hanya ada di Mekah. 

Oleh itu ia tidak menjadi perdebatan orang Islam menyembah Kaabah. Dengan cara ini simboliknya, Kaabah menyatukan seluruh umat Islam. Kawan saya yang beragama Hindu ini terkejut dengan jawapan itu. Rumusannya beliau berkata sudah lama mencari jawapan itu dari saya baru dia perolehi. Syukur Allah memberi ilham yang tepat.

Justeru itu saya sering bertanya saiz dan gambaran Kaabah. Namun tidak ramai gambaran sebenar boleh saya dapat. Ketika saya melihat buat kali pertama Kaabah ia menjadi satu pengalaman yang sukar digambarkan. Jika saya hendak menceritakan kembali kepada sesiapa yang menjadi sukar kerana peluang melihat Kaabah hanya Allah berikan kepada mereka yang berpeluang ke sana samada menunaikan Haji atau Umrah. 

Melihat Kaabah satu rahmat. Melihat Kaabah mendapat pahala. Ramai jemaah yang mencuba menghampiri Kaabah. Malahan ada yang sanggup bersesak-sesak merapati dinding luar Kaabah. Bayangkan manusia sentiasa bertawaf di sekeliling Kaabah tanpa mengira waktu. Jemaah akan mencari ruang waktu untuk menziarahi Kaabah. 

Kita bukan sahaja rindukan suasana Masjidilharam yang sentiasa dibanjiri oleh jemaah haji atau umrah. Malahan kita sentiasa terbayang wajah Kaabah. Terutamanya ketika solat. Terus terang saya katakan ini satu rahmat yang sukar digambarkan kecuali bagi anda yang berpengalaman seperti saya. Ayuh berazamlah kita ke sana walaupun sekali seumur hidup. Terutamanya mengerjakan fardu haji. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan Mekkah sebagai kota suci, yakni sejak penciptaan langit dan bumi. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada hari penaklukan kota Mekkah :
إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
“Sesungguhnya kota ini, Allah telah memuliakannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Ia adalah kota suci dengan dasar kemuliaan yang Allah tetapkan sampai hari Kiamat “. [1]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan