Catatan perjalanan di Tanah Suci Mekah

UMRAH: MENCARI REDHA ILAHI-Sebuah catatan mengenai pengalaman saya dan isteri serta dua orang puteri ke Madinah dan Tanah Suci Mekah. Segala catatan di sini hanya sebagai kenangan saya dan semoga menjadi semangat dan motivasi kalian yang membacanya untuk ke sana samada menunaikan Haji atau Umrah.

Jika anda mempunyai saudara mara/handai taulan yang pernah sudah pasti pernah mendengar dari mulut mereka pengalaman yang hampir sama. Justeru saya catatkan untuk perkongsian bersama.

Segala yang baik itu dari Allah, manakala yang kurang menarik itu atas kesilapan saya.


Siri ini belum tamat. Penulis akan menambah kandungannya dari semasa ke semasa.

Penulis: Raai Osman
Penyunting: Nur Atiqah Abd Raai

Khamis, 30 Jun 2016

Ramadan di Kota Suci Mekah

Pada 4 Jun ada khabar bahawa Mekah kemungkinan akan menyambut Ramadan pada 5 Jun. Ketika waktu Maqrib saya dan keluarga masuk ke Masjidilharam. Kami masuk sejam sebelum sampai waktu.

Kelihatan petugas dan pegawai masjid membuat persiapan. Di Mekah persiapan menyambut awal Ramadan seperti kita menyambut hari raya. Kebetulan saya dapat masuk di satu kawasan depan Baitullah dekat dengan ruang tawaf. Saya duduk berhampiran seorang Jurutera yang tinggal di Mekah. Kerana beliau boleh berbahasa English maka kami jadi ramah. Beliau juga gembira dapat bertemu seorang rakyat Malaysia dalam ribuan jemaah itu. Saya sempat bercerita tentang Malaysia. Lebih menjadi mesra apabila saya memberitahu bekerja di UKM sebuah universiti tersohor di negara kita.

Suasana Masjidilharam sesak dengan jemaah. Tambahan mereka menjangkakan malam itu akan ada solat terawikh malam pertama. Kebetulan malam itu saya berada dalam kawasan pegawai masjid yang mana imam berada dalam kiraan 6 atau tujuh dari saf. Sila klik untuk dapatkan rakaman solat terawikh pertama 1437H

Namun malam itu belum lagi dimulakan solat terawikh apabila selesai solat Isyak imam memulakan solat jenazah. Justeru, kami memulakan puasa pada 6 Jun 2016 sama dengan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan