Catatan perjalanan di Tanah Suci Mekah

UMRAH: MENCARI REDHA ILAHI-Sebuah catatan mengenai pengalaman saya dan isteri serta dua orang puteri ke Madinah dan Tanah Suci Mekah. Segala catatan di sini hanya sebagai kenangan saya dan semoga menjadi semangat dan motivasi kalian yang membacanya untuk ke sana samada menunaikan Haji atau Umrah.

Jika anda mempunyai saudara mara/handai taulan yang pernah sudah pasti pernah mendengar dari mulut mereka pengalaman yang hampir sama. Justeru saya catatkan untuk perkongsian bersama.

Segala yang baik itu dari Allah, manakala yang kurang menarik itu atas kesilapan saya.


Siri ini belum tamat. Penulis akan menambah kandungannya dari semasa ke semasa.

Penulis: Raai Osman
Penyunting: Nur Atiqah Abd Raai

Selasa, 14 Jun 2016

Tekad yang kuat

Apa yang kita hendak ketika bermusafir menuju Tanah Suci? Tiada lain selain mencari keredaan Ilahi. Bagi saya inilah musafir paling agong pernah saya lalui bersama keluarga. Saya pernah berkata, selagi tidak sampai ke Tanah Suci maka saya mungkin tidak akan melancong ke  negara lain kecuali kerana tugas. Biarpun negara itu indah. Tekad utama ialah menunaikan fardu haji. Namun masalah kouta dan sebagainya maka hasrat itu masih belum tercapai..

Bersusah payah menuju tiga kota suci lebih mulia. "Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)" (Bukhari) 

Itulah tekad saya. Maka hasrat ini terpendam sekian lama sejak bekerja. Namun begitu, 29 Mei 2016 barulah Allah menjemput saya. Allahuakbar. Kalau nak bicara soal wang saya bukanlah banyak wang. Tetapi kalau hendak berkata soal mampu saya fikir ia sudah mampu.

Inilah hakikatnya tentang menuju Tanah Suci. Ia bukan perkara yang mudah, tetapi jika azam yang kuat maka ia akan menjadi satu kenyataan pada satu masa yang telah ditentukan oleh Allah.

Saya bersyukur kerana Allah berikan isteri yang patuh kepada Allah. Anak-anak yang mahu mengikut syariat Islam. Saya tidak perlu memaksa mereka betudung dan menunaikan segala ibadat. Oleh itu jika sudah sampai masa ke Tanah Suci persediaan ke sana telah menjadi mudah. Kekuatan yang ada pada puteri sulong lebih memudahkan saya. Dia mampu membaca Al Quran dan ketika di sana dia banyak menjadi pembantu dalam hal bacaan doa dan sebagainya kepada ibunya dan adiknya.

Menariknya, saya sudah menyimpan janggut kerana terasa malu jika menziarahi makan Rasulullah saya tiada janggut. Walaupun itu perkara yang dianggap kecil namun ia menjadi titik kejayaan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan