Catatan perjalanan di Tanah Suci Mekah

UMRAH: MENCARI REDHA ILAHI-Sebuah catatan mengenai pengalaman saya dan isteri serta dua orang puteri ke Madinah dan Tanah Suci Mekah. Segala catatan di sini hanya sebagai kenangan saya dan semoga menjadi semangat dan motivasi kalian yang membacanya untuk ke sana samada menunaikan Haji atau Umrah.

Jika anda mempunyai saudara mara/handai taulan yang pernah sudah pasti pernah mendengar dari mulut mereka pengalaman yang hampir sama. Justeru saya catatkan untuk perkongsian bersama.

Segala yang baik itu dari Allah, manakala yang kurang menarik itu atas kesilapan saya.


Siri ini belum tamat. Penulis akan menambah kandungannya dari semasa ke semasa.

Penulis: Raai Osman
Penyunting: Nur Atiqah Abd Raai

Selasa, 14 Jun 2016

Umrah ni macam melancong ke?

Umrah ni macam melancong ke? Kenapa soalan ini wujud?. Kerana apa, sepanjang saya dan orang lain pergi umrah mereka akan upload berbagai gambar dalam media sosial tempat-tempat yang dilawati.

Umrah mempunyai rukun yang tidak seperti haji. Dalam Umrah rukunnya ialah Niat Ihram, Tawaf, Sai, Tahalul dan Tertib. Tempuh berihram sekitar dua atau tiga jam. Kecuali jika berihram di Bir Ali seandainya jemaah datang dari Madinah sekitar 6-10 jam kena berpantang dalam ihram.

Pemandangan biasa dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah.
Berikut adalah lokasi Miqat:
  1. Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:
  • Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah iaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.
  • Bagi umrah pula, miqat zamani bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  1. Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:
  • Bagi mereka yang duduk di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Bagi umrah pupla ialah keluar dari tanah haram Makkah iaitu seelok-eloknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.
  • Bagi mereka yang datag dari sebelah timur seperti Malaysia, Singapura dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau Jeddah (ﺟﺪﻩ).
  • Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).
  • Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).
  • Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ).
  • Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq (ﺫﺍﺕ ﻋﺮﻕ). Sumber Wikipedia

Bermula kita berniat ihram maka beberapa pantang larang perlu dijaga oleh jemaah Haji mahu pun Umrah.

1.Memotong atau mencabut rambut dari kepala atau badan
2. Memotong kuku dari tangan atau kaki.
3. Memakai kain berjahit bagi laki-laki, yaitu setiap pakaian yang di jahit menurut ukuran anggota badan, seperti qamis, celana, jubah, kaos, peci, topi, dan lain-lain.
4. Menutup kepala dengan hal-hal yang menyentuh kepala sepeti sorban dan peci. Lain halnya payung, kemah dan membawa barang di atas kepala, maka demikian itu tidak dilarang.
5. Memakai parfum, yaitu setiap hal yang berbau wangi dengan tujuan memakainya di baju atau di badan, seperti misik, mawar, rayhan, dan minyak wangi yang lain.
6. Bertujuan memburu binatang darat yang lepas, seperti burung merpati, kijang dan lain-lain.
7. Melakukan akad nikah. Maka orang yang ihram tidak boleh meminang, menikah, menjadi wali nikah, dan lain-lain.
8. Bersetubuh dengan istri.
9. Bercumbu dengan istri/suami, seperti meraba-raba, mencium dan lain-lain. Sumber 

Jika melihat pada senarai rukun dan patang larang diatas, sudah pasti kita terfikir tiada masa untuk melawat dan sebagainya. Namun pembaca harus faham hanya di Madinah sahaja segala rukun ini tidak dibuat. Selama 4 atau lima hari di Madinah jemaah masih seperti biasa. Cuma mereka lebih tertumpu ke masjid Nabawi untuk menunaikan solat lima waktu dan sunat disamping menziarahi makam Rasullullah.

Ketika di Madinah, jemaah akan dibawa melawat Bukit Uhud, Masjid Qubah, Masjid Qiblatain, Ladang atau pasar kurma. Lawatan-lawatan ini lebih kepada meningkatkan keimanan kepada Allah serta Rasullullah.

Masjid An Nabawi di Madinah
Misal jika melawat Masjid Qubah dengan berwuduk dari rumah ia memberikan satu pahala umrah. Penduduk Madinah akan melakukan hal ini.Kerana masjid ini merupakan masjid yang sering dikunjungi oleh Rasullullah.

Begitu juga melawat Masjid Qiblatain akan mengingatkan sebuah masjid yang suatu masa dulu berqiblatkan Masjid Al Aqsar sebelum diperintahkan oleh Allah mengadap ke Kaabah di Mekah.

Jemaah umrah melawat sambil meningkatkan keimanan. Misalnya melihat Bukit Uhud, biarpun dari jauh tak lebih dari sebuah bukit batu. Ia memberikan satu keinsafan bagaimana Rasullullah dan tenteranya mempertahankan kemaraan tentera Qurais masuk ke Madinah.

Saya dan ahli jemaah lain berihram di Bir Ali dan meneruskan perjalanan dengan bas ke Kota Mekah selepas jam 3.00 petang (waktu Malaysia 8.00 malam). Bermula di sini sudah termaktub pantang larang ihram.

Masuk saja Kota Mekah, dari jauh kelihatan menara jam besar Mekah. Pastinya itu adalah kawasan Masjidil Haram.

Sesampai di hotel dan memasukkan barang ke dalam bilik yang mana saya dan keluarga dapat bilik berempat. Kami makan malam dan sekitar jam 11.00 malam (Malaysia 4 pagi) telah dibawa oleh Ustaz Wan Noh ke Masjid al Haram. Allhuakbar. terasa amat kagum dengan kedudukan masjid yang besar itu.

Selesai solat jamak Isyak dan Maqrib secara berjemaah kami dibawa masuk ke kawasan tawaf. Ketika melihat Kaabah buat kali pertama, kaki saya sukar melangkah.Saya terpaku untuk sekian lama. berdoa melihat Kaabah. Saya berdoa apa sahaja di kedudukan itu.Air mata bergenang di kelopak mata. Itulah tangisan seorang hamba Allah, bukan seorang lelaki yang ego! Sekian lama mengidam melihat Kaabah kini ia di depan mata.

Ketika melakukan tawaf umrah kaki saya seolah-olah sukar melangkah kerana diri terasa kerdil. Manakan tidak menyerahkan diri kepada Allah dengan segala dosa yang tentunya ada. Saya tidak memperdulikan orang lain, melainkan tawaf dengan penuh kenikmatan.Anda pernah melalui suasana ini maka perasan itu sudah tentu ada.

Melawat kilang cetak Al Quran di Madinah.
Menghampiri Safa dan Marwah yang terletak pada sudut Hajar Aswad kira-kira dua ratus meter perasaan tiba-tiba hiba mengenangkan peristiwa Siti Hajar mencari air untuk Ismail yang kehausan. Sebenarnya jika melihat tempat di mana telaga zam-zam pertama terletak, kedudukan Ismail dengan ibunya agak jauh. Kita bayangkan dalam panas terik itu ibu Ismail berlari-lari mencari air.Fatamorgana menipu Siti Hajar dengan memperlihatkan seperti air tetapi sebenarnya tidak.


Di Universiti Madinah.
Saya berjalan seorang diri kerana terpisah dari ahli jemaah lain kerana ia mengikut kemampaun berjalan. Siapa bertenaga pasti laju perjalanannya. Tujuh kali sai menyamai 4.5 kilometer jauhnya Safa ke Marwah.Sekitar jam 2.30 pagi (7.30 pagi Malaysia ) saya tamat tujuh pusingan dan sekitar jam 3 pagi azan Subuh yang pertama berkumandang. Hati sayu kerana kerapnya mendengar azan begini dari TV melihat siaran langsung dari Mekah.Subuh itu kali pertama saya berjemaah depan Kaabah sambil berpakaian Ihram dan terasa begitu kerdil .......


Umrah bukanlah melancong. Berulang alik ke masjid agenda utama. Selain itu kami dibawa menziarahi Jabar Nur yang menempatkan Gua Hira. Perkuburan Malat yang menempatkan Saidatina Khadijah isteri pertama Rasullullah.

Bermalam Padang Arafah terdapat dalam rukun haji.
Ketika melakukan umrah kami dibawa melawat ke sini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan