Langkau ke kandungan utama

Telah sebulan berlalu, rindunya pada Baitullah

Telah sepuluh bulan berlalu, rindunya pada Baitullah. Itulah yang dapat saya rungkaikan pada hari ini. Esok, 29 Jun 2016 telah sebulan  berada di Kota Madinah. Terasa rindu dengan suasana di Kota Madinah dan Mekah sukar saya gambarkan. Kadang-kadang bila kami ada masa saya dan keluarga menceritakan kembali suasana di sana. Biarpun catatan ini belum tiba pada penghujungnya namun kerana rindu itu membuatkan saya menitipkan cacatan pada tajuk ini lebih awal.

Tanyalah kepada sesiapa yang pernah ke sana samada mengerjakan Haji atau Umrah perkataan rindu ini pasti akan dizahirkan. Malahan jika kita berbual dengan mereka yang sudah sepuluh tahun pernah ke sana pasti perasaan ini akan dikisahkan. Kepada yang mampu pasti mereka akan pergi kembali.

Gambaran makam Rasullullah, Raudah dan kesibukan Masjid Nabawi masih terasa. Keenakkan dan kedinginan air zam-zam masih terasa. Biarpun suasana kesesakkan untuk masuk ke Raudah tapi keinginan masuk ke Taman Syurga tetap masih ada. Mengerjakan solat jenazah pada setiap waktu solat fardu samada di Madinah dan Kota Mekah masih terbayang. Kerana dengan adanya solat jenazah pada setiap lepas solat fardu pasti mengingati mati. Solat ini juga merupakan sedekah paling murah untuk kita lakukan.

Keadaan sesak di Masjidil Haram menjadi ingauan manis untuk dikenang. Fobia pada kesesakan tiada lagi. Malah dengan adanya kesesakan itu ia menjadikan saya seorang lebih bertimbang rasa. Membantu seorang suami menolak kerusi roda isterinya menjadi kenangan manis setelah suaminya mengucapkan "Syukran, syukran" kemudian dengan sambungan bahasa arab yang saya tidak faham.

Layanan orang-orang di Madinah dan Mekah masih dalam ingatan saya. Cuma kita berbeza bangsa dan budaya menyebabkan ada ketikanya terasa seperti kasar tingkah lakunya. Sebenarnya mereka melayan kita seumpama saudara. Lihat sahaja ketika mereka mengambil air zam-zam pasti akan dihulur secawan buat kita. Bab sedekah begitu mudah di sana. Walaupun hanya secawan air zam-zam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Umrah ni macam melancong ke?

Umrah ni macam melancong ke? Kenapa soalan ini wujud?. Kerana apa, sepanjang saya dan orang lain pergi umrah mereka akan upload berbagai gambar dalam media sosial tempat-tempat yang dilawati.
Umrah mempunyai rukun yang tidak seperti haji. Dalam Umrah rukunnya ialah Niat Ihram, Tawaf, Sai, Tahalul dan Tertib. Tempuh berihram sekitar dua atau tiga jam. Kecuali jika berihram di Bir Ali seandainya jemaah datang dari Madinah sekitar 6-10 jam kena berpantang dalam ihram.

Berikut adalah lokasi Miqat: Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah iaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.Bagi umrah pula, miqat zamani bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:Bagi mereka yang duduk di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Bagi umr…

Muzium Mekah

Sebelum menunaikan Umrah yang kelima, saya dan rombongan telah dibawa melawat Muzium Mekah yang terletak tidak jauh dari Masjidil Haram. Menarik muzium ini.

Muzium ini menempatkan banyak bahan yang sebelum ini berada di sekitar Kaabah. Misalnya gambar-gambar lama Masjidilharam. Telaga Zam-Zam yang dulunya digunakan secara tradisional. Pengunjung dapat melihat perkembangan Kaabah dari zaman dulu hingga kini.
Bagi saya, muzium ini harus dilawati kerana jika kita berada di kota suci Mekah pada masa ini keadaan amat selesa jika dibanding puluhan tahun dahulu. Ketika zaman keluarga kita sampai di kota Mekah dengan kapal laut waktu itu Mekah tidaklah seperti sekarang.
Saya dan keluarga sempat bergambar di Muzium Kaabah sebagai kenang-kenangan:




Ziarah tempat bersejarah

Ketika berada di Madinah dan Mekah kami sempat dibawa beberapa tempat sejarah yang ada kaitan dengan Rasullullah untuk menyebarkan ajaran Islam.

Tempat-tempat tersebut ialah Perkuburan Baqik yang terletak di sebelah kanan Masjid Nabawi. Bukit Uhud dimana berlakunya Peperangan Uhud bagi menentang tentera khurais yang hendak menyerang Madinah.

Antara tempat lain ialah Masjid Qiblatain, Universiti Madinah, kilang mencetak Quran.