Isnin, 19 November 2018

Umrah Kedua 2018/1440

Pendahuluan:
Pada tahun 2016 saya membawa dua orang puteri.
Pada tahun 2018 saya membawa seorang puteri yang
bongsu, Nur Aqilah.
Alhamdulillah pada 5 November 2018 bersamaan 27 Safar 1440 saya, isteri dan puteri bongsu Nur Aqilah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dengan singgah di Madinah sebelum berangkat ke Mekah pada 8 November. Syukur Alhamdulillah penerbangan SaudiAir selamat mendarat di Madinah setelah singgah di Ryaid selama sejam walaupun tertanggu sehingga dua jam di Lapangan Terbang KLIA keana cuaca buruk.

Jemaah dari agensi Al Qud seramai 48 orang telah menginap di Hotel Concord, Madinah. Manakala di Mekah kami menginap di Hotel Anjum. Semua hotel-hotel ini begitu hampir dengan perkarangan Masjid Nabawi dan Masjil Haram.

Kali jemaah kebanyakkan dari Pahang, Kelantan dan sedikit Sabah, Selangor. Mutawif kami ialah ustaz Mohd Rizal Abd Majid dari Al Qud Pahang.

Umrah kedua ini sama seperti umrah sebelum ini cuma saya menikmati suhu Madinah dan Mekah lebih dingin, malah saya dapat menikmati sedikit hujan ketika berada di Mekah.


____________________________________________________________________________


Catatan 1: Jemaah sesat

Kisah di Tanah Suci berbagai. Hari ini saya didatangi oleh dua gadis Indonesia meminta bantuan ada seorang wanita wargamas sesat sejak jam 9 pagi di Masjid Nabawi. Oleh kerana hampir waktu Zohor saya kata kita solat dulu selepas itu saya berjanji nak membantu kakak yang sesat itu. Cuba bayangkan jika pertama kali ke Tanah Suci wanita itu sudah tentu panik. Selesai solat saya berjalan ke tempat yang dijanjikan di pintu 15. Sebelum itu saya telah terserempak seorang wanita dari agensi yang sama tapi lain kumpulan. Wanita itu akui memang mereka kehilangan seorang jemaah. Kuasa Allah kami dipanggil oleh sekumpulan wanita yang telah menemui wanita wargamas itu.

Di sini ingin saya berpesan, jika ke Tanah.Suci pastikan tag nama dipakai kerana segala maklumat ada di situ. Kedua, jika kita pernah ke sini usahalah menjadi sukarelawan kepada Mutawif.
Masalah bantuan usah kuatir kerana jika kita dari Malaysia jemaah dari Indonesia boleh membantu kerana mereka boleh berbahasa Melayu.

















Catatan 2: Pekerja pembersihan di Madinah


Kerja membersih sekitar Masjid Nabawi bukan mudah. Mereka bertugas mengikut shif. Kata Zulkarnain yang sudah dua tahun bertugas membersih masjid dia puas kerana kerjanya berhampiran Rasulullah S.A.W walaupun gajinya cuma 700 Rial sebulan. Tapi kawasan makam Rasullullah dibuat oleh petugas lebih veteran.
Nasihat oleh jemaah yang sering ke sini jika nak bersedekah maka kepada mereka adalah lebih selamat. Seandainya mereka memberi salam makan kita kena faham itu adalah isyarat memohon ikhsan daripada mereka.

Catatan 3: Bukit Uhud

Bukit Uhud adalah lambang perjuangan Rasullulah S.A.W dan para sahabat yang hebat. Di sinilah seramai 70 orang sahabat terkorban sahid. Perkuburan syuhadah adalah lokasi yang masih jelas boleh dilihat kat sini.
Oleh itu kita yang meneruskan dakwah Islam mesti mantap kerana pengorbanan kita tidak sehebat mana jika dibandingkan para sahabat.
Marilah kita mempertahan Islam dan Rasul kita. Walaupun jika kita belum mampu ke sini tetap sejarah peperangan Uhud harus menjadi kayu ukur keimanan kita.
Sejarah para sahabat melindungi Rasullullah dari dibunuh adalah kehebat terhebat sehingga ada yang diseksa jasad mereka. Namun percayalah kini mereka sedang berhagia di alam sana.




Catatan 4: Sudut Kaabah

Dari sudut mana di dunia ini umat Islam akan bersolat mengadap Kaabah. Umat Islam BUKAN menyembah Kaabah! Jika berada di Masjidilharam umat Islam bebas berada di sudut mana untuk bersolat. Namun jika kita di Malaysia agak bertuah kerana sudut di Kaabah yang mengadap ke kita adalah Sudut Hajar Aswad yang menjadi titik permulaan Tawaf dan titik mengira pusingan Tawaf. Manakala di sini jugalah arah mengadap ketika bersolat dua rakaat sunat Tawaf. Oleh itu kenapa kita abaikan solat? Solat adalah ibadah yang pertama akan dinilai oleh Allah. Segala kebaikan lain akan jadi sia-sia jika solat kita abaikan. Janji Allah pasti benar!



Catatan 5: Bersahabat ketika mengerjakan Umrah

Dalam apa jua yang kita lakukan pasti akan melibatkan keluarga dan sahabat. Menegur dan mengajak ke arah kebaikan pasti akan diberi ganjaran oleh Allah. Dalam mengejar ganjaran pahala dengan tidak memikirkan orang lain itu adalah satu sikap kurang baik. Sebab itu lakukanlah secara berjemaah biar pun terpaksa memaksa yang penting tidak mengabaikan keluarga dan sahabat. Binalah keluarga yang mencintai Allah dan bersahabatlah selagi tidak membawa ke arah keburukan.



Catatan 6: Petua jika sesat di Masjidilharam dan Masjid Nabawi

Ketika berada di Kota Suci Madinah dan Mekah, pengalaman tersalah jalan keluar, terpisah dari suami atau rakan adalah lumrah. Jemaah dalam angka ribuan atau jutaan pasti memberi kesan pada hal ini. Justeru bagi rakan-rakan yang merancang ke sana saya mencadangkan agar membuat pengecaman pada beberapa tanda penting.
Misalnya jika masuk dari arah sudut Hajar Aswad maka keluarlah ikut arah itu. Cuba cari pintu masuk katakan pada nombor 72. Namun ada waktunya pintu 72 ditutup kerana untuk jalan masuk sahaja. Faktor telah pergi beberapa kali mungkin boleh membantu, namun ada sesetengah tanda telah tiada setelah beberapa tahun kita tak pergi.
Masjidilharam memanģ besar namun tanda kat luar masjid seperti hotel dan menara jam amat membantu. Bagi saya mengeluarkan sedikit kos untuk membeli Sim kad atau menggunakan Rooming adalah langkah persediaan yang bagus.
Paling mustahak berdoa dan bersalaman dan memohon maaf dengan pasangan ketika berpisah ketika mencari ruang solat adalah bijak. Kita tidak pasti adakah perpisahan itu adalah sementara atau sebaliknya.
Ketika di Masjid Nabawi agak mudah kerana arah Qiblat seperti lain-lain masjid. Itu pun saya pernah bertemu dan membantu seorang kakak yang sesat sejak selama 3 jam. Bagi saya jika pernah sampai ke sana apa salahnya menjadi sukarelawan atau pembantu Mutawif
Masalahnya jika yang nak dibantu tu tak tahu bahasa kita pastinya jadi itik bercakap dengan ayam.




Catatan 7: Raudah dan Makam Rasulullah S.A.W

Bagi yang pernah sampai ke Tanah Suci untuk melakukan Haji atau Umrah pintu masuk ke Makam Nabi Muhamad S.A.W pasti akan menjadi ingatan sepanjang hayat. Walaupun masuk Raudah dan melintasi Makam Nabi, Makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar bukan rukun haji dan umrah namun kesungguhan untuk memasuki tempat ini adalah lambang kecintaan umatnya kepada Baginda.
Menunggu 30 minit atau satu jam bukan menjadi masalah untuk sampai giliran tapi peluang masuk ke Taman Syurga (Raudah) dan melambai tangan kepada Rasullullah dan sahabat tetap disungguhi.
Perkuburan Syuhadah adalah tempat yang menjadi kunjungan jemaah ketika ke Bukit Uhud. Lambang kecintaan kepada Rasullullah adalah gugurnya para sahabat sebagai Syahid.
Kita di mana? Menunaikan semua ibadah, melaksanakan hukum Allah, adalah tanggungjawab kita dalam mencerminkan cinta kepada Allah dan Rasul!
Jika hari ini kita gembira menyambut Maulidur Rasul tanam azam untuk berubah ke arah kebaikkan. Jangan tinggal solat dan segala amalan yang lain. Jaga tingkah laku. Elak membuat fitnah. Menjaga aurat agar ketika bertemu Rasullullah kita tak menjadi insan yang hina.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Beruntung jika anda sedang melintasi Makam Nabi ketika ini........

                                             



Catatan 8: Unta dan sejarah dakwah Rasulullah S.A.W

Saya tertarik kata-kata ustaz Mohd Rizal Abd Majid (Mutawif Umrah), jika kita jumpa unta nanti jangan lupa ucapkan terima kasih kerana keturunan haiwan ini banyak berjasa kepada Rasulullah S.A.W ketika menyebarkan agama Islam.
Manarik juga dikatakan haiwan ini tidak melakukan perkara songsang dalam hubungan kelaminnya.
Oleh itu sebagai manusia juga harus membina nilai mulia agar keturunan kita dipandang mulia.
*Gambar petikan album Raai di www.flickr.com/raai58


Catatan 9: Sejarah serangan di Thaif

Peristiwa Rasulullah S.A.W diserang dengan batu oleh Thaif amat menyedihkan sehinggakan Baginda mengadu kepada Allah. Sehinggakan datang malaikat mahu membantu untuk menghancurkan musuh-musuh itu. Namun Baginda menolak dengan mengatakan ia adalah dari kelemahan Baginda.

Ada peristiwa yang menghiburkan Baginda ialah apabila datang seorang hamba dari anak-anak Rabi'ah bernama Addas seorang Nasrani. Addas membawa anggur kepada Baginda. Ketika menyuap Rasulullah membaca BISMILLAH AL-RAHMAN AL-RAHIM. Diringkaskan selepas peristiwa tersebut, Addas telah memeluk agama Islam.

Pengajaran dari peristiwa ini, berhemahlah dalam berdakwah. Tidak semua tugas berdakwah itu mudah. Ada berbagai dugaan. Rasulullah tidak berdakwah dengan kasar. Malah jika Baginda mahu menghancurkan penduduk Thaif sudah tentu akan menerima tawaran malaikat.

Kini Thaif antara bumi yang subur dan menghasilkan sumber bahan pertanian. Thaif antara tempat yang dikunjungi selain Kota Suci Madinah ketika umat Islam menunaikan haji atau umrah.

Kredit maklumat Ustaz Mohd Rizal Abd Majid dan kitab Mengenal Rasulullah S.A.W susunan Ustaz Johari Yaman. Foto oleh: Raai dan album www.flickr.com/raai58




Catatan 10: Jika anda uzur ketika melakukan Umrah

Anda keuzuran ketika mengerja umrah? Ia berlaku mungkin ketika berada di Mekah atau sudah bermula dari Malaysia. Tidak semua keuzuran boleh dikira uzur kecuali seorang wargamas yang betul-betul tidak boleh berjalan ketika Tawaf dan Sai.

Ada dua kemudahan yang boleh digunakan. Pertama kereta surung kedua Skuter. Kereta surung boleh dibawa dari Malaysia atau disewa di Mekah. Kadar sewa ialah 300 Riyal. Jika sewaan ini dibuat ia akan dibawa oleh pekerja di Mekah dari hotel. Ia lebih baik untuk kali pertama kerana jika kali pertama sudah tentu anak yang membawa ibu ayah tidak faham keadaan jalan di sana. Kecuali jika anak itu sudah faham dan pernah ke Mekah.

Skuter boleh disewa dengan kadar 50 Riyal untuk satu tempat duduk, 100 Riyal untuk dua tempat duduk. Namun kadar semasa anda boleh rujuk ketika berada di sana. Sila ke tingkat tiga Masjidl Haram untuk maklumat ini. 

Skuter eletrik ini mudah dikendalikan seperti menggunakan Buggy padang golf. Pedal kanan jika ditarik skuter berjalan ke depan jika dilepaskan skuter akan berhenti. Manakala pedal sebelah kiri untuk mengundur.

Saya berpengalaman menggunakan skuter ini kerana Allah menguji ketika di Mekah apabila kaki saya dan isteri berlaku kekejangan dan pecah kaki. Ada sekali itu saya terpaksa menyewa lagi kerana puteri saya demam dan tidak bertenaga untuk Tawaf dan Sai.

Skuter dua tempat duduk
 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Membawa Kanak-Kanak Masih Kecil Menunaikan Umrah

Anda merancang membawa anak mengerjakan umrah? Alhamdulillah jika itu niat anda. Peraturannya hampir sama dengan membawa anak ke masjid. ...